Persetujuan Terma
Selamat datang ke laman web Lucidwellness.com.my. Terma dan syarat ini merupakan persetujuan rasmi yang diikat antara anda, sama ada secara peribadi atau atas pihak entiti (“anda”) atau Lucid (“kami” atau “kita”) dan mengawal akses dan penggunaan anda terhadap laman web Lucidwellness.com.my serta sebarang bentuk media, saluran media, laman web mudah alih atau aplikasi telefon yang berkaitan, berhubung, atau bersambung dengannya (secara kolektif, “laman web”).
Anda bersetuju bahawa dengan mengakses laman web ini, anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan semua terma dan syarat, maka anda dilarang untuk menggunakan laman ini dan anda harus hentikan penggunaanya dengan segera.
Terma dan syarat atau dokumen tambahan yang mungkin disiarkan di laman ini dari semasa ke semasa digabungkan dengan rujukan yang jelas di sini. Kami berhak, mengikut budi bicara tunggal kami, untuk melakukan perubahan atau pindaan pada terma dan syarat pada bila-bila masa dan dengan sebarang.
Kami akan memaklumkan anda mengenai sebarang perubahan dengan mengemaskini tarikh “kemaskini terakhir” terma dan syarat berikut, dan anda mengetepikan hak untuk menerima notis khusus untuk setiap perubahan tersebut.
Ia adalah tanggungjawab anda untuk merujuk terma dan syarat ini secara berkala untuk terus sedia maklum mengenai sebarang pengemaskinian. Anda tertakluk dan dianggap telah diberitahu dan telah menerima pindaan dalam sebarang terma dah syarat yang dipinda dengan meneruskan pengunnaan laman ini setelah tarikh pindaan disiarkan.
Maklumat yang disediakan di laman ini tidak bertujuan untuk pengedaran atau digunakan oleh mana-mana orang atau entiti dalam sebarang bidang berkuasa atau negara di mana pengedaran atau penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang atau peraturan atau yang akan menaklukan kami kepada syarat pendaftaran dalam bidang berkuasa atau negara.
Oleh itu, mereka yang memilih untuk mengakses laman ini dari lokasi lain boleh melakukannya atas inisiatif sendiri dan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi undang-undang tempatan, jika dan sejauh mana undang-undang tempatan boleh digunakan.
Pendaftaran Pengguna
Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menyediakan anda dengan servis yang termasuk pembelian barang dan servis di laman ini, anda diharuskan untuk mendaftar akaun untuk membuat pembelian. Data ini akan digunakan oleh Lucid untuk menghantar barang dan servis kepada pelanggan dan menghubungi pelanggan sekiranya terdapat pertanyaan atau aduan.
Dengan menggunakan laman ini dan mendaftar akaun, anda menyatakan dan menjamin bahawa:
- Semua maklumat pendaftaran adalah benar, tepat dan lengkap.
- Anda akan mengekalkan ketepatan maklumat tersebut dan segera mengemaskini maklumat pendaftaran seperti yang diperlukan.
- Anda secara sukarela memberikan Lucid dan/atau sekutunya untuk menggunakan data dan maklumat peribadi seperti, nama, nombor telefon, alamat pos atau emel [“data peribadi’] seperti yang diberikan kepada Lucid, seperti yang disenaraikan dalam polisi privasi.
- Sekiranya anda memberikan sebarang maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak dikemaskini, atau tidak lengkap, kami berhak untuk menangguhkan atau menamatkan akaun anda dan menolak sebarang dan semua penggunaan semasa Laman ini atau pada masa depan (atau sebahagian daripadanya).
Garis Panduan untuk Ulasan
Kami boleh menyediakan ruang di laman ini untuk meninggalkan ulasan atau penilaian. Ketika menghantar ulasan, anda mesti mematuhi kriteria berikut:
- Anda harus mempunyai pengalaman sendiri dengan produk/servis yang diulaskan;
- Ulasan anda tidak boleh mempunyai kata-kata kasar, atau bahasa kesat, bersifat perkauman, menyinggung perasaan atau kebencian;
- Ulasan anda tidak boleh mempunyai diskriminasi terhadap agama, bangsa, jantina, asal usul negara, umur, status perkahwinan, orientasi seksual, atau kecacatan;
- Ulasan anda tidak boleh mengandungi rujukan aktiviti haram;
- Anda tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenai kesahihan tingkah laku;
- Anda tidak boleh menghantar sebarang kenyataan yang salah atau mengelirukan;
Kami boleh menerima, menolak, dan mengeluarkan ulasan mengikut budi bicara tunggal kami. Kami sama sekali tidak mempunyai tanggungjawab untuk memapar atau memadam ulasan, walaupun jika ada yang menganggap ulasan tidak masuk akal atau tidak tepat. Ulasan bukanlah disetujui oleh kami, dan tidak semestinya menyatakan pendapat kami atau pandangan dari mana-mana sekutu atau rakan kongsi kami.
Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang ulasan atau untuk sebarang tuntutan, liabiliti atau kerugian yang disebabkan daripada sebarang ulasan. Dengan menghantar ulasan, anda dengan ini memberikan kebenaran kepada kami hak dan lesen yang berterusan, tidak eksklusif, sedunia, bebas royalti, dibayar sepenuhnya, dapat diserahkan dan tidak boleh dilesenkan untuk menghasil semula, mengubah, menterjemah, menghantar dengan apa cara, memapar, melakukan, dan/atau mengedar semua kandungan yang berkaitan dengan ulasan.
Polisi Privasi
Kami mementingkan privasi dan keselamatan data. Sila teliti polisi privasi dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju untuk terikat dengan polisi privasi kami, di mana digabungkan ke dalam terma dan syarat berikut.
Pembetulan
Mungkin terdapat maklumat di laman ini yang mengandungi kesalahan tipografi, ketidaktepatan, atau kelalaian yang mungkin berkaitan dengan laman ini, termasuk keterangan, harga, ketersediaan, dan pelbagai maklumat lain. Kami berhak untuk memperbaiki sebarang kesalahan, ketidaktepatan, atau kelalaian dan menukar atau mengemaskini maklumat di laman ini pada bila-bila mana, tanpa notis terlebih dahulu.
Hubungi kami
Untuk menyelesaikan aduan berkenaan laman ini atau untuk menerima maklumat lanjut berkenaan penggunaan laman ini, sila hubungi kami di: