APDP
Polisi Pelindungan Data Peribadi
Lucid berkomited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“APDP”). Polisi ini menetapkan cara kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia.
Data Peribadi yang Kami Boleh Kumpul daripada Anda
Untuk kami menyediakan anda dengan produk dan/atau servis kami (misalnya berkaitan dengan pembelian dan sokongan pelanggan terhadap produk), kami perlu mengumpul maklumat peribadi yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
- Nama anda
- Emel anda
- Alamat anda untuk penghantaran produk, servis dan maklumat promosi.
- Nombor telefon
- Maklumat pembayaran seperti maklumat kad debit atau kredit anda, termasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat bil, tarikh luput dan maklumat akaun bank yang lain
- Rakaman panggilan yang dibuat oleh anda kepada perkhidmatan pelanggan kami
Untuk pelayaran laman web secara umum, walaupun tiada data peribadi yang didedahkan kepada kami, maklumat teknikal dan statistik tertentu adalah tersedia untuk kami melalui pembekal khidmat Internet seperti kuki, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh lawatan anda.
Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
Kami boleh mengumpul data peribadi anda sama ada daripada anda, daripada pihak ketiga, atau daripada sumber yang tersedia kepada umum yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
- Apabila anda mendaftar untuk servis kami (misalnya apabila anda menghantar borang untuk mendaftar sebagai pengguna untuk membeli sesuatu produk/servis);
- Apabila anda menghubungi kami secara langsung, melalui panggilan telefon atau pada sesi perundingan peribadi (untuk membeli produk/servis, membuat temujanji, membuat pertanyaan atau memberi maklum balas);
- Apabila anda menyertai sebarang kajian, soal selidik, pertandingan, peraduan, tawaran, atau promosi yang dilakukan secara dalaman atau melalui pihak ketiga yang dilantik;
- Apabila anda menghadiri sebarang acara rasmi kami;
- Apabila anda melawat atau melayari laman web kami;
- Apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial atau aplikasi interaktif termasuk tetapi tidak terhad pada Facebook, Twitter, dan Instagram;
- Apabila anda mendaftar minat dan/atau memohon informasi ke atas mana-mana platform kami.
Bagaimana Kami Mengunakan Maklumat Peribadi Anda
Kami tidak akan menjual atau mendedahkan maklumat anda secara tidak sah kepada mana-mana pihak ketiga. Maklumat anda hanyalah digunakan untuk tujuan berikut yang dinyatakan di sini, tetapi tidak terhad kepada:
- Mengesahkan identiti anda;
- Memproses pendaftaran anda sebagai seorang pengguna, menyediakan anda dengan ID log masuk untuk Laman ini dan mengekalkan dan menguruskan pendaftaran anda;
- Memudahkan sebarang pembelian melalui Laman kami, termasuk pembayaran dan penghantaran/pelaksanaan produk/servis,;
- Menyediakan perkhidmatan pelanggan untuk anda dan menjawab pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian anda;
- Berkomunikas dengan anda;
- Memaklumkan anda tentang sebarang pindaan terhadap terma dan syarat kami atau produk dan servis yang ditawarkan kepada anda;
- Melakukan penyelidikan atau analisis statistik untuk memperbaiki kandungan dan susun atur Laman ini, untuk meningkatkan tawaran produk dan servis kami dan untuk tujuan pemasaran dan promosi;
- Mengendalikan pertandingan, peraduan, tawaran, atau promosi;
- Menyediakan notis, kajian, tangkasan produk, bahan komunikasi dan pemasaran lain kepada anda berkaitan dengan barang dan servis yang kami tawarkan (tertakluk kepada persetujuan anda);
- Mengekalkan rekod sebagai sebahagian daripada perniagaan atau tujuan lain sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang.
Sekiranya anda secara sukarela menghantar sebarang maklumat ke Laman ini untuk penerbitan pada Laman ini termasuk tetapi tidak tidak terhad kepada, ulasan, maka anda dianggap telah memberi persetujuan untuk penerbitan sebarang maklumat pada Laman ini (“Maklumat Sukarela”).
Pendedahan Maklumat Peribadi
Disimpan selaras dengan kenyataan APDP ini dan kecuali seperti yang dibenarkan atau diharuskan di bawah sebarang enakmen, undang-undang, statut atau peraturan, kami tidak akan mengguna atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda tanpa sebarang persetujuan terlebih dahulu (tersirat dan/atau tersurat).
Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda
Sebagai sebahagian penyediaan produk/servis kami untuk anda, kami mungkin diminta atau perlu mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga berikut:
- Syarikat atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau menyempurnakan transaksi lain;
- Rakan perniagaan kami atau pihak lain untuk tujuan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda,
Pemasaran Langsung
Sekiranya anda pernah memberi kami maklumat peribadi anda, anda mungkin akan menerima SMS dari semasa ke semasa, emel atau mel terus yang mengandungi bahan promosi berkaitan dengan produk/servis kami daripada kami atau syarikat rakan perniagaan kami/agensi pihak ketiga yang dilantik. Sekiranya anda tidak mahu menerimanya, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di hello@lucidwellness.com.my.
Sekiranya Data Peribadi yang Anda Sediakan Tidak Lengkap
Sekiranya dinyatakan, anda diwajibkan untuk memberi data peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses pendaftaran anda untuk pembelian produk/servis kami. Sekiranya anda gagal memberi data peribadi lengkap yang diwajibkan, kami mungkin tidak dapat memproses pendaftaran atau menyediakan anda dengan produk/servis kami.
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi Anda
Tertakluk kepada terma dan syarat tertentu, kami akan memberi anda akses ke maklumat peribadi anda sekiranya ia:
- Tidak tepat,
- Tidak lengkap,
- Mengelirukan; atau
- Tidak terkini,
Anda boleh membuat permohonan kepada kami dengan menghubungi kami secara langsung melalui borang dan/atau emel yang disediakan berikut:
Kami akan berusaha untuk memenuhi permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat semua pembetulan yang wajar pada maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari selepas menerima maklumat yang sama. Sila ambil perhatian, bayaran pemprosesan mungkin dikenakan atau tidak dikenakan untuk memenuhi permintaan anda.
Tanggungjawab Anda
Anda bertanggungjawab untuk memberi maklumat yang tepat dan lengkap tentang diri anda kepada kami (seperti maklumat peribadi) dan mengemaskini maklumat peribadi ini apabila ia tidak tepat, lama atau tidak lengkap dengan menghubungi kami di hello@lucidwellness.com.my
Bagaimana Kami Memelihara dan Melindungi Data Peribadi Anda
Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang wajar untuk melindungi data peribadi anda dan menyimpan data peribadi anda dengan selamat. Laman kami mungkin mempunyai pautan laman web lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi data, prosedur atau kandungan mereka.
Persetujuan Anda
Dengan menghantar data peribadi anda, anda bersetuju untuk penggunaan data peribadi seperti yang dinyatakan dalam Polisi ini. Sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam Polisi kami, kami akan menerbit versi yang telah dipinda di halaman ini. Penggunaan servis secara berterusan akan menandakan bahawa anda bersetuju atas sebarang perubahahan.
Maklumat Perhubungan Kami
Kami komited untuk melindungi data peribadi anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan polisi ini, anda boleh menghubungi kami di hello@lucidwellness.com.my